BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 5, 2011

dOa ku padaMU


ya Allah,

seandainya engkau telah catatkan dia milikku, tercipta untukku.. satukanlah hati nya dengan hati ku, titip kan lah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi..

dan ya Allah ya tuhan ku yang maha mengasihi seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi...

tetapi ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan ku ini, luputkan lah dua dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.. serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti, berikanlah aku kekuatan melontar bayangan nya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar ku bisa bahagia, walaupun tanpa dirinya di sisi ku..


ya Allah ya tuhanku,
pasrahkan lah aku dedngan takdir mu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat diriku..
kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba mu ini..

ya Allah,
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat..
dengar lah rintihan dari hamba mu yang daif ini..
jangan engkau biarkan diri ku sendirian di dunia mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai dan kurniakan lah aku keturunan yang soleh dan solehah...


amin ya rabbal a'lamin..


0 comments: